Wikimedia Malaysia
banner
wikimediamy.bsky.social
Wikimedia Malaysia
@wikimediamy.bsky.social
We are a Wikimedia community user group.
We organise free knowledge event in Malaysia
(and abroad too!)
Lets collabs an events together. Do e-mail us!
3 Disember dipilih sebagai Hari Batik Malaysia sebagai tanda penghargaan atas sumbangan, sokongan dan minat dalam kraf batik yang ditonjolkan oleh Tun Endon Mahmood, isteri kepada Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah.

Selamat Hari Batik Malaysia!

#haribatikmalaysia
December 3, 2025 at 8:52 AM
Kosa Kata
Bahasa Kadazandusun

magapon = memancing

Apakah "memancing" dalam bahasa anda? 🎣

---------
Kandungan kosa kata disediakan dengan kerjasama Sukarelawan Wikimedia Kadazandusun. Kosa kata ini sudah tersedia di Wikikamus Bahasa Melayu.

#kosakata #kadazandusun #bahasamelayu
November 13, 2025 at 8:31 AM
Cicak boleh ditemukan di semua rantau tropika di seluruh dunia, dan melangkaui bahagian subtropika di Afrika dan Eropah. Ia mempunyai lebih 194 spesies yang dikenal pasti.

Poster ini menampilkan istilah "cicak" dalam pelbagai bahasa: w.wiki/Fj3Y

#cicak #houselizard #kosakata #wikimediamy
October 18, 2025 at 9:44 AM
Wikipedia Bahasa Iban ialah laman Wikipedia pertama yang menawarkan bahasa yang dituturkan di Sarawak, iaitu Bahasa Iban. Ia dihidupkan oleh sukarelawan penutur Bahasa Iban yang cintakan bahasa dan budayanya agar terus terpelihara dalam dunia digital yang semakin berkembang.
October 14, 2025 at 4:50 PM
Hai kawan Wiki!

Wikimedia Malaysia akan mengadakan acara menyunting rencana Wikipedia mengenai Korea Selatan dan Malaysia.

Acara marasunting ini diadakan sempena inisiatif Persahabatan Wikimedia Korea-Malaysia yang akan bermula Oktober ini.

#wikimediakorea #wikimediamalaysia #wikimediafriendship
October 3, 2025 at 6:46 AM
Reposted by Wikimedia Malaysia
Wikimedia Community User Group Malaysia showcased Roots & Relics, a Wikipedia-based card game on Indigenous life and biodiversity, at Expo 2025 in Osaka, Japan.

The game exemplifies the various ways traditional knowledge can be shared creatively on the global stage.

Learn more ➡️ w.wiki/FT4v
October 1, 2025 at 3:59 PM
Hai kawan Wiki!

Wikimedia Malaysia akan mengadakan bengkel memasukkan perkataan Bahasa Melayu Negeri Sembilan ke Wikikamus Bahasa Melayu.

#wikikata #wikimediamy #bahasonismilan #perpatihfest
September 29, 2025 at 1:29 PM
بوليه باچ؟
May 31, 2025 at 12:52 AM
Sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang sedang berlangsung, mari ketahui beberapa perkataan daripada bahasa-bahasa yang ada di Malaysia yang terdapat dalam Wikikamus Bahasa Melayu.

Baca lagi di sini: w.wiki/EJCL

#pbakl2025 #klibf2025
May 27, 2025 at 2:22 AM
Sang pendebunga kenit ini dicipta dengan memberikan banyak kelebihan kepada manusia.

Hari ini, Hari Lebah Sedunia, diadakan bagi mengenang peranan mereka kepada ekosistem kehidupan.

Apakah "lebah" dalam bahasa anda?

#harilebahsedunia
#worldbeeday
May 19, 2025 at 11:59 PM
Siti Nurhaliza memulakan kerjaya dalam industri muzik selepas memenangi pertandingan nyanyian Bintang HMI anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada April 1995.

Baca lagi di Wikipedia: w.wiki/9WrA

#SitiNurhaliza30dalamindustri #ctdk #wikipediabahasamelayu
April 6, 2025 at 10:18 AM
Tarian telah lama digunakan oleh orang Yahudi sebagai suatu bahantara untuk mengungkapkan rasa gembira dan perasaan kebersamaan yang lain. Tarian Yahudi menjadi kegiatan masa lapang kegemaran dan memainkan peranan dalam perayaan agama.
April 4, 2025 at 2:12 PM
Perodua Kancil ialah nama kereta pertama dikeluarkan oleh syarikat Perusahaan Otomobil Kedua (Perodua) yang mula dilancarkan pada tahun 1994. Ia dinamakan Kancil sempena nama seekor binatang bijak yang muncul dalam cerita dongeng Melayu.
April 3, 2025 at 1:49 PM
Balang boleh digunakan untuk menampung pepejal atau cecair, seperti makanan, barang kosmetik, ubat-ubatan atau bahan kimia.

Baca lagi di Wikipedia: w.wiki/Dfcm

#balangkuih #kuihraya #wikipediabahasamelayu
April 2, 2025 at 3:16 AM
Pesak ialah kain yang dijahit pada kelangkang atau depan seluar (tempat kancing) atau di ba­wah ketiak baju. Ia bertujuan memberi kelonggaran pada rekaan baju. Dalam rekaan baju tradisional Melayu, jahitan pesak banyak digunakan terutama pada rekaan baju Melayu dan baju kurung.
March 31, 2025 at 6:26 AM
Syawal (Arab: شَوَّال) ialah bulan kesepuluh dalam takwim Hijrah. Ia datang selepas Ramadan dan sebelum Zulkaedah. Dalam tradisi masyarakat Melayu, Syawal turut dikenali sebagai bulan raya.

Baca lagi di Wikipedia: w.wiki/Ddee

#hariraya #syawal #aidilfitri #wikipediabahasamelayu #melayuraya
March 30, 2025 at 12:52 PM
Penjaja ialah mereka yang berjalan dari satu tempat ke satu tempat untuk menjual barangan. Penjaja jalanan biasanya menjual barang tidak mahal, permainan, kraftangan atau barangan makanan. Kadangkala, mereka perlu melakukan perkara yang menarik perhatian untuk meningkatkan jualan.
March 29, 2025 at 9:11 AM
Di luar Jepun dan dalam bahasa Inggeris, anime merujuk secara khusus kepada animasi yang dihasilkan di Jepun. Bagaimanapun, anime di Jepun dan dalam bahasa Jepun bermaksud semua karya animasi tanpa mengira gaya atau negara asal.

#anime #wikipediabahasamelayu
March 28, 2025 at 10:29 AM
Juz ialah istilah yang mewakili satu-satu bahagian daripada 30 bahagian dalam al-Quran. Juz 30 dalam al-Quran turut dikenali dengan juz amma.

Baca di Wikipedia : w.wiki/DUFx

#nuzulquran #wikipediabahasamelayu
#wikicintaramadan
March 18, 2025 at 2:06 PM
Kuih keria ialah sejenis kuih tradisional Melayu yang diperbuat daripada ubi keledek yang dilenyek dan dicampurkan dengan tepung, gula dan garam. Kuih ini dibentuk seperti cincin atau gelang tangan, dan disaluti gula.

Baca di Wikipedia: w.wiki/DRs4

#kuihmuih #wikipediabahasamelayu
March 15, 2025 at 8:56 AM
Harimau dahan Borneo (Neofelis diardi) menjadi nama spesies baharu oleh Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) pada 14 Mac 2007.

#harimaudahan #neofelisdiardi
#WikipediaBahasaMelayu
March 14, 2025 at 1:20 AM
Cahaya bersifat bergerak lurus ke semua arah. Apabila cahaya terhalang, bayang akan terhasil disebabkan cahaya yang bergerak lurus tidak dapat melencong. Bagaimanapun, cahaya dapat dipantulkan.
March 12, 2025 at 3:14 AM
Tun Abdul Razak ialah seorang negarawan di Malaysia.

Beliau ialah Perdana Menteri Malaysia ke-2 yang berkhidmat dari 1970 hingga 1976.

Sebelum menjadi perdana menteri, beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan turut menjadi menteri untuk beberapa portfolio seperti ...
March 11, 2025 at 3:37 AM
Perkembangan seni gamelan datang ke Semenanjung Tanah Melayu bermula dari istana Kesultanan Yogyakarta yang berkembang ke istana Kesultanan Riau-Lingga sejak kurun ke-18 sebelum ia berkembang ke istana Kesultanan Pahang, dan kemudian dibawa ke istana Kesultanan Terengganu.
March 10, 2025 at 12:36 AM
Inter Milan, atau nama penuhnya Kelab Bola Sepak Milan Antarabangsa (Itali: FC Internazionale Milano) ialah sebuah pasukan bola sepak profesional Itali yang berpangkalan Milan, Lombardi.

#Inter117
#WikipediaBahasaMelayu
March 9, 2025 at 7:17 AM